Wednesday 4 January 2012

SESSI PERSEKOLAHAN 2012 SUDAH BERMULA

Sejak dari awal lagi ibubapa telah sebuk memastikan anak-anak mereka lengkap untuk ke sekolah . Hari ini adalah merupakan hari bermulanya persekolahan di Kampung Ampang Indah. Terdapat beberapa sekolah dipersekitaran kampung ini. Diantaranya adalah Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya, Sekolah Agama Lembah Jaya, Sekolah Kebangsaan Tasek Permai dan Sekolah Menengah Tasek Permai. Juga terdapat sebuah Tadika Kemas dan beberapa Tadika swasta disekitar kampung ini.

Dalam tinjauan yang dibuat dibeberapa buah sekolah keadaannya amat meriah dan sesak dengan kenderaan. Pelbagai gelagat dapat dilihat terutama ibubapa yang menghantar anak-anak mereka buat kali pertama untuk memasuki alam persekolahan.

Kepada ibubapa mahupun penjaga TAHNIAH!!, anda semua telah menjalankan tanggunjawab untuk memastikan anak-anak kita berilmu demi ugama, bangsa dan negara.

TERIMA KASIH CIKGU kerana mendidik anak bangsa dengan penuh kesabaran dan beretika.

Dihadapan pintu masuk Tadika Kemas ibubapa sedang memerhatikan anak-anak
mereka sedang belajar buat kali pertama

Murid-murid sedang membaca doa sebelum memulakan pembelajaran
di Tadika Kemas Kg. Ampang Indah



Biasalah tu..hari pertama ke tadika. Dugaan buat ibubapa untuk
memastikan anak-anak terus mendapat pelajaran

Keadaan di sekolah Agama Lembah Jaya penuh sesak dengan
deretan kereta ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah agama.

No comments:

Post a Comment