Tuesday 17 January 2012

JANJI DIKOTA (BR1M)



Y.A.B Dato' Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri



Bermula 15 Januari 2012 yang lalu pihak kerajaan telah rancak memberi baucher BR1M sepertimana yang telah dijanjikan. Pemberian baucher tersebut akan diberikan secara berperingkat-peringkat yang mana semua penerima akan dimaklumkan melalui surat. Penerima bolehlah mengesahkan tarikh dan tempat dimana baucher boleh diambil didalam surat yang diterima.


Bagi kawasan Lembah Jaya Ampang pemberian peringkat pertama akan dilaksanakan pada 18 Januari 2012 bertempat di SM Taman Tasek, Ampang pada jam 2:00 petang dan akan disempurnakan oleh Penyelaras Barisan Nasional, Parlimen Ampang YBHG Dato' Haji Ismail Bin Kijo. 
YBHG. Dato' Haji Ismail Bin Kijo
Penyelaras Barisan Nasional, Parlimen Ampang


Bagi penerima yang telah menerima surat sila pastikan semua tempat dan  masa didalam surat yang diterima. Jangan lupa membawa kad pengenalan dan surat panggilan apabila menghadiri majlis penyerahan tersebut.