Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan satu talian hotline (tol free) bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
HOTLINE :1-800-222-500
E-MAIL :belanjawan2012@treasury.gov.my
Waktu : 9:00 pagi - 5:oo petang (Hari Berkerja)
Wednesday, 18 January 2012
Tuesday, 17 January 2012
JANJI DIKOTA (BR1M)
Monday, 9 January 2012
MAKLUMAT UMUM BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA
- Semua pemohon akan dimaklumkan sama ada mereka berjaya atau gagal melalui surat secara berperingkat.
- Bagi yang berjaya mereka hendaklah hadir sendiri semasa majlis penyampaian baucer yang diadakan juga secara berperingkat bermula pada 15hb Januari 2012.
- Makluman mengenai tarikh, waktu dan tempat majlis penyampaian akan disertakan didalam surat tersebut di atas.
- PENTING: penerima hendaklah mengisi sendiri nama dan no. kad pengenalan diruang yang disediakan dimuka depan baucar. NOTE :baucer mempunyi ciri-ciri keselamatan tertentu dan peraturan perisian adalah seperti peraturan penulisan cek ( tidak boleh mengunakan “liquid paper”, initial” kesilapan dsb)
- Penerima boleh menunaikan baucar dimana-mana
cawangan bank seperti berikut :-
5.1 Bank
Simpanan Nasional (BSN)
5.2 CIMB
5.3 Maybank
- Mana-mana seperti OKU, warga emas yang uzur,
pesakit terlantar dsb akan menerima layanan khas yang sewajarnya.
- Bagi yang gagal boleh membuat rayuan : Prosedur & borang akan dimaklumkan kelak.
Sumber : JKKKP Online
Wednesday, 4 January 2012
SESSI PERSEKOLAHAN 2012 SUDAH BERMULA
Sejak dari awal lagi ibubapa telah sebuk memastikan anak-anak mereka lengkap untuk ke sekolah . Hari ini adalah merupakan hari bermulanya persekolahan di Kampung Ampang Indah. Terdapat beberapa sekolah dipersekitaran kampung ini. Diantaranya adalah Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya, Sekolah Agama Lembah Jaya, Sekolah Kebangsaan Tasek Permai dan Sekolah Menengah Tasek Permai. Juga terdapat sebuah Tadika Kemas dan beberapa Tadika swasta disekitar kampung ini.
Dalam tinjauan yang dibuat dibeberapa buah sekolah keadaannya amat meriah dan sesak dengan kenderaan. Pelbagai gelagat dapat dilihat terutama ibubapa yang menghantar anak-anak mereka buat kali pertama untuk memasuki alam persekolahan.
Kepada ibubapa mahupun penjaga TAHNIAH!!, anda semua telah menjalankan tanggunjawab untuk memastikan anak-anak kita berilmu demi ugama, bangsa dan negara.
TERIMA KASIH CIKGU kerana mendidik anak bangsa dengan penuh kesabaran dan beretika.
Dihadapan pintu masuk Tadika Kemas ibubapa sedang memerhatikan anak-anak mereka sedang belajar buat kali pertama |
Murid-murid sedang membaca doa sebelum memulakan pembelajaran di Tadika Kemas Kg. Ampang Indah |
Biasalah tu..hari pertama ke tadika. Dugaan buat ibubapa untuk memastikan anak-anak terus mendapat pelajaran |
Keadaan di sekolah Agama Lembah Jaya penuh sesak dengan deretan kereta ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah agama. |
Monday, 2 January 2012
KEMBALI KE SEKOLAH
Kepada semua anak-anak Kampung Ampang Indah yang bakal ke sekolah Rabu ini.
"Selamat Menimba Ilmu"
Belajar dan menuntutlah ilmu sehingga ke menara gading, semoga anak-anak akan menjadi anak yang dibanggakan oleh ibubapa, bangsa, ugama dan Negara. Anak-anaklah yang bakal mewarisi dan memacu NEGARA TERCINTA INI ke arah yang lebih gemilang dimasa akan datang.
ANAK-ANAK KG.AMPANG INDAH BOLEH!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)