Monday 17 September 2012

Sambutan Hari Malaysia

SAMBUTAN HARI MALAYSIA serta JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI & HARI KEMERDEKAN YANG KE 55 TAHUN


KG AMPANG INDAH 16 Sept Tahniah !! kepada semua penduduk-penduduk Kampung Ampang Indah yang hadir malam tadi.

Dengan kehadiran begitu ramai dan berbilang bangsa malam tadi ianya telah memberi isyarat bahawa penduduk Kampung Ampang Indah amat sayangkan perpaduan & keamanan yang ada sekarang dan KAMI SEMUA CINTAKAN MALAYSIA.

Seawal jam 7:45 malam lagi, telah ramai penduduk-penduduk Kampung Ampang Indah  bersama keluarga masing-masing telah berada di lokasi sambutan kerana tidak mahu ketinggalan meraikan acara sambutan yang amat bermakna bagi negara kita.

Dipintu utama orangramai telah disambut oleh AJK JKKKP Kg. Ampang Indah dan Urusetia Pengelola yang bertugas.

Bagi menunjukkan kecintaan  kepada Malaysia, pihak AJK telah menyediakan satu ruang yang dinamakan "Dinding Perpaduan 1 Malaysia Kami Sayang Malaysia" yang telah ditandatangani oleh semua penduduk Kampung Ampang Indah yang hadir sebagai tanda mereka sayangkan Malaysia .






Acara telah bermula jam 8:30 malam dengan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ybhg. Tuan Imam Saidin Bin Sulong Imam Surau An' Nur Kampung Ampang Indah dan disusuli dengan Nyanyian lagu NegaraKU.

Selaku Pengerusi JKKKP Kampung Ampang Indah Tuan Haji Musa Bin Fakir Mat Akim telah menyampaikan ucapan alu-aluan dengan antara lain ucapannya adalah ucapan terima kasih kepada semua yang hadir terutama bekas-bekas polis dan tentera yang diraikan pada malam tadi.

Setelah selesai ucapan Pengerusi JKKKP Kampung Ampang Indah tibalah masanya Penyelaras DUN Lembah Jaya Ybhg. Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali mengambil tempat untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan program SAMBUTAN HARI MALAYSIA serta JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI & HARI KEMERDEKAN YANG KE 55 TAHUN Peringkat Kampung Ampang Indah.



Acara perasmian bermula dengan bacaan sajak kemerdekaan  oleh wakil Belia Kg Ampang Indah merangkap Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Ampang Indah Saudara Ahamad Kairul Nizam Bin Abd Kahar.



Dengan lagu Inilah Barisan Kita berjalan penuh segak 14 orang anggota RELA membawa bendera-bendera negeri masuk dari pintu utama menuju ke pentas utama.

Ini dikuti dengan perarakan masuk bendera keramat JALUR GEMILANG oleh pegawai RELA di ikuti oleh kira-kira 55 orang pelajar-pelajar TBK KEMAS Kampung Ampang Indah serta anak-anak Kampung Ampang Indah dengan memegang erat sambil mengibarkan Jalur Gemilang mengikut rentak lagu menuju ke pentas utama sambil mendapat tepukan dan sorakkan gemuruh dari semua para hadirin.


Sedang menunggu diatas pentas adalah Penyelaras DUN Lembah Jaya Ybhg. Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali diiringi Pengerusi JKKKP Kampung Ampang Indah Tuan Haji Musa Bin Fakir Mat Akim untuk menerima JALUR GEMILANG dari pegawai RELA .


3 orang pelajar TBK KEMAS telah diberi penghormatan untuk mengetuai bacaan IKRAR RUKUN NEGARA  sambil di ikuti oleh semua hadirin. Selesai sahaja ikrar Rukun Negara, Lagu NegaraKU berkumandang sekali lagi .

Sejurus dengan lepas itu, Penyelaras DUN Lembah Jaya Ybhg. Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali telah meletakkan JALUR GEMILANG disimbol 1 MALAYSIA sambil di ikuti bendera-bendera negeri oleh anggota RELA sebagai tanda rasminya SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KAMPUNG AMPANG INDAH. Serentak dengan itu lagu JALUR GEMILANG dan 1 MALAYSIA berkumandang. 


Dengan rasa bangga dan penuh bersemangat semua hadirin menyanyi bersama-sama sambil mengibarkan JALUR GEMILANG yang dibekalkan. Suasana pada ketika itulah menampakkan terserlahnya perpaduaan diantara kita dengan tidak mengira bangsa dan agama .

Apa yang boleh dilihat pada malam tadi adalah kita berdiri bersama, mengibarkan bendera yang sama dan menyanyi lagu yang sama, itulah uniknya kita tinggal dinegara tercinta ini.





Selesai saja acara perasmian, Jamuan Perpaduan 1 Malaysia telah dimulakan dan hadirin telah dihiburkan dengan persembahan pentas yang dimulai dengan persembahaan pelajar-pelajar TBK KEMAS Kg. Ampang Indah. Acara pentas telah diselang-seli dengan acara Cabutan Bertuah.



Pihak JKKKP Kg Ampang Indah juga telah menjemput beberapa bekas Polis & Tentera sebagai jemputah khas pada program ini sebagai tanda terima kasih diatas pengorbanan mereka secara langsung atau tidak langsung dalam mencapai kemerdekaan negara.



Acara sambutan pada malam tadi telah dilabuhkan tirainya oleh YBhg Dato' Haji Ismail Bin Kijo , Penyelaras DUN Parlimen Ampang merangkap Penaung Program.




Seluruh Warga JKKKP Kampung Ampang Indah ingin merakam setinggi-tinggi Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama kepada penduduk-penduduk Kampung Ampang Indah. Semoga perpaduaan yang ada dapat dipereratkan lagi pada program MESRA RAKYAT yang lain pula.

Photo oleh : Encik. Hafiz Bin Ngainon



No comments:

Post a Comment