Sunday 22 April 2012

PROGRAM 1 RUMAH 1 RELA

Penyelaras BN Dun Lembah Jaya bersama Pasukan Sukarelawan RELA telah menganjurkan program   1  Rumah 1 Sukarelawan pada 22 April 2012 di Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah. Program ini adalah merupakan satu program pendaftaran terbuka kepada penduduk-penduduk kampung yang berminat untuk menyertai badan sukarelawan terutama RELA.


Pegawai RELA sedang memberi taklimat bergambar.

Progarm telah dihadiri oleh pegawai-pegawai RELA dari PutraJaya untuk menyampaikan taklimat tentang pasukan sukarelawan RELA.

Penyelaras BN Dun Lembah Jaya yang telah dilantik sebagai Lefternan Kehormat RELA  iaitu Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali telah merasmikan program ini.  

Lefternan Kehormat Tuan haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali
Penyelaras BN DUN Lembah Jaya sedang menyampaikan ucapan perasmian.
JKKKP Kampung Ampang Indah tidak mahu ketinggalan menyertai progarm ini demi kepentingan kampung dan negara.

Pengeusi JKKKP Kg Ampang Indah segak beruniform RELA. Kelihatan bersama
AJK JKKKP Kg Ampang Indah Sdr. Abd. Rashid (Kanan Pengerusi JKKKP) 
Jemputan Khas dan penduduk kampung yang hadir mendengar penuh
minat tentang taklimat yang disampaikan oleh pegawai RELA
dari PutraJaya.
Syabas dan Tahniah kepada semua yang telah menyerati RELA. Bagi yang belum mendaftar atau ingin mendapat keterangan lanjut penduduk kampung bolehlah ke rumah Pengerusi JKKKP Kampung Ampang Indah Tuan Haji Musa.

No comments:

Post a Comment