Sunday 30 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013



Kepada semua terutama penduduk-penduduk Kampung Ampang Indah kami Ahli Jawatankuasa JKKKP sessi 2011/12 ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 dan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan yang diberi keatas semua program-program yang telah dilaksanakan disepanjang tahun atau sessi 2011/12 perkhidmatan kami . 

Kepada agensi-agensi kerajaan, badan-badan politik dan NGO-NGO kami juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas semua sokongan dan bantuan yang diberi bagi merealisasikan program-program "Mesra Rakyat 1 Malaysia" disepanjang tahun.

"TERIMA KASIH DAN SELAMAT TAHUN BARU 2013"

Saturday 29 September 2012

TERIMA KASIH PM


TERIMA KASIH PM DAN KERAJAAN MALAYSIA DIATAS
PEMBENTANGAN BAJET 2013
"Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat, Janji Ditepati" bajet yang merangkumi semua peringkat kepentingan dan keperluan  rakyat.

Saturday 22 September 2012

UCAPAN

UCAPAN SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH


Seluruh Warga JKKKP Kg. Ampang Indah ingin mengucapkan "SELAMAT BERANGKAT" kepada tuan/puan terutama penduduk-penduduk Kampung Ampang Indah yang akan  ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Rukun Islam yang ke 5.

Kami mendoakan agar tuan/puan diperolehi kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala-galanya disana agar dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna. Semoga ibadah yang dijalanlan mendapat Haji yang MABRUR, Insyallah.

Monday 17 September 2012

Sambutan Hari Malaysia

SAMBUTAN HARI MALAYSIA serta JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI & HARI KEMERDEKAN YANG KE 55 TAHUN


KG AMPANG INDAH 16 Sept Tahniah !! kepada semua penduduk-penduduk Kampung Ampang Indah yang hadir malam tadi.

Dengan kehadiran begitu ramai dan berbilang bangsa malam tadi ianya telah memberi isyarat bahawa penduduk Kampung Ampang Indah amat sayangkan perpaduan & keamanan yang ada sekarang dan KAMI SEMUA CINTAKAN MALAYSIA.

Seawal jam 7:45 malam lagi, telah ramai penduduk-penduduk Kampung Ampang Indah  bersama keluarga masing-masing telah berada di lokasi sambutan kerana tidak mahu ketinggalan meraikan acara sambutan yang amat bermakna bagi negara kita.

Dipintu utama orangramai telah disambut oleh AJK JKKKP Kg. Ampang Indah dan Urusetia Pengelola yang bertugas.

Bagi menunjukkan kecintaan  kepada Malaysia, pihak AJK telah menyediakan satu ruang yang dinamakan "Dinding Perpaduan 1 Malaysia Kami Sayang Malaysia" yang telah ditandatangani oleh semua penduduk Kampung Ampang Indah yang hadir sebagai tanda mereka sayangkan Malaysia .






Acara telah bermula jam 8:30 malam dengan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ybhg. Tuan Imam Saidin Bin Sulong Imam Surau An' Nur Kampung Ampang Indah dan disusuli dengan Nyanyian lagu NegaraKU.

Selaku Pengerusi JKKKP Kampung Ampang Indah Tuan Haji Musa Bin Fakir Mat Akim telah menyampaikan ucapan alu-aluan dengan antara lain ucapannya adalah ucapan terima kasih kepada semua yang hadir terutama bekas-bekas polis dan tentera yang diraikan pada malam tadi.

Setelah selesai ucapan Pengerusi JKKKP Kampung Ampang Indah tibalah masanya Penyelaras DUN Lembah Jaya Ybhg. Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali mengambil tempat untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan program SAMBUTAN HARI MALAYSIA serta JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI & HARI KEMERDEKAN YANG KE 55 TAHUN Peringkat Kampung Ampang Indah.



Acara perasmian bermula dengan bacaan sajak kemerdekaan  oleh wakil Belia Kg Ampang Indah merangkap Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Ampang Indah Saudara Ahamad Kairul Nizam Bin Abd Kahar.



Dengan lagu Inilah Barisan Kita berjalan penuh segak 14 orang anggota RELA membawa bendera-bendera negeri masuk dari pintu utama menuju ke pentas utama.

Ini dikuti dengan perarakan masuk bendera keramat JALUR GEMILANG oleh pegawai RELA di ikuti oleh kira-kira 55 orang pelajar-pelajar TBK KEMAS Kampung Ampang Indah serta anak-anak Kampung Ampang Indah dengan memegang erat sambil mengibarkan Jalur Gemilang mengikut rentak lagu menuju ke pentas utama sambil mendapat tepukan dan sorakkan gemuruh dari semua para hadirin.


Sedang menunggu diatas pentas adalah Penyelaras DUN Lembah Jaya Ybhg. Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali diiringi Pengerusi JKKKP Kampung Ampang Indah Tuan Haji Musa Bin Fakir Mat Akim untuk menerima JALUR GEMILANG dari pegawai RELA .


3 orang pelajar TBK KEMAS telah diberi penghormatan untuk mengetuai bacaan IKRAR RUKUN NEGARA  sambil di ikuti oleh semua hadirin. Selesai sahaja ikrar Rukun Negara, Lagu NegaraKU berkumandang sekali lagi .

Sejurus dengan lepas itu, Penyelaras DUN Lembah Jaya Ybhg. Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali telah meletakkan JALUR GEMILANG disimbol 1 MALAYSIA sambil di ikuti bendera-bendera negeri oleh anggota RELA sebagai tanda rasminya SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KAMPUNG AMPANG INDAH. Serentak dengan itu lagu JALUR GEMILANG dan 1 MALAYSIA berkumandang. 


Dengan rasa bangga dan penuh bersemangat semua hadirin menyanyi bersama-sama sambil mengibarkan JALUR GEMILANG yang dibekalkan. Suasana pada ketika itulah menampakkan terserlahnya perpaduaan diantara kita dengan tidak mengira bangsa dan agama .

Apa yang boleh dilihat pada malam tadi adalah kita berdiri bersama, mengibarkan bendera yang sama dan menyanyi lagu yang sama, itulah uniknya kita tinggal dinegara tercinta ini.





Selesai saja acara perasmian, Jamuan Perpaduan 1 Malaysia telah dimulakan dan hadirin telah dihiburkan dengan persembahan pentas yang dimulai dengan persembahaan pelajar-pelajar TBK KEMAS Kg. Ampang Indah. Acara pentas telah diselang-seli dengan acara Cabutan Bertuah.



Pihak JKKKP Kg Ampang Indah juga telah menjemput beberapa bekas Polis & Tentera sebagai jemputah khas pada program ini sebagai tanda terima kasih diatas pengorbanan mereka secara langsung atau tidak langsung dalam mencapai kemerdekaan negara.



Acara sambutan pada malam tadi telah dilabuhkan tirainya oleh YBhg Dato' Haji Ismail Bin Kijo , Penyelaras DUN Parlimen Ampang merangkap Penaung Program.




Seluruh Warga JKKKP Kampung Ampang Indah ingin merakam setinggi-tinggi Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama kepada penduduk-penduduk Kampung Ampang Indah. Semoga perpaduaan yang ada dapat dipereratkan lagi pada program MESRA RAKYAT yang lain pula.

Photo oleh : Encik. Hafiz Bin Ngainon



Tuesday 11 September 2012

JEMPUTAN

SEMUA PENDUDUK KAMPUNG AMPANG INDAH SERTA KELUARGA DIJEMPUT HADIR



Monday 20 August 2012

KIBARKAN JALUR GEMILANG

AYUH!!!..KIBARKAN JALUR GEMILANG


Bersempena dengan Hari Merdeka yang ke 55 tahun yang bakal tiba, kami JKKKP ingin menyarakan seluruh penduduk Kampung Ampang Indah agar dapat mengibarkan sekurang-kurangnya satu bendera Jalur Gemilang dirumah   masing-masing sebagai tanda bangga menjadi anak Malaysia.

Thursday 16 August 2012

Salam Aidilfitri 1433 Hijrah

Kepada Semua Penduduk-Penduduk Kampung Ampang Indah & Pelayar-Pelayar LAMAN BLOG RASMI JKKKP KG. AMPANG INDAH YANG DIHORMATI.


MAKLUMAN
SOLAT SUNAT AIDILFITRI 
DI SURAU AN'NUR KG.AMPANG INDAH
PADA 1 SYAWAL 1433 HIJRAH
JAM 8:30 PAGI

Tuesday 7 August 2012

BAYARAN ZAKAT FITRAH

PERHATIAN


KEPADA PENDUDUK-PENDUDUK KAMPUNG AMPANG INDAH YANG HENDAK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH BAGI TAHUN INI BOLEHLAH BERBUAT DEMIKIAN KEPADA  YBHG. TUAN IMAM HAJI SAIDIN BIN SULONG , DI SURAU AN'NUR KAMPUNG AMPANG INDAH ATAU DI RUMAH BELIAU. KADAR ZAKAT TAHUN INI ADALAH RM7.00 SEORANG.

"Barokah Ramadhan Dan Sinar Syawal "

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA
RAMADHAN & SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1433H


06 Ogos KG AMPANG INDAH Di atas keberkatan bulan Ramadhan dan dengan keizinNYA, majlis telah  berjalan mengikut apa yang telah dirancang.

Sejak awal pagi lagi sudah ramai para jemputan baik penerima sumbangan mahupun para jemputan telah memenuhi ruang perkarangan rumah Pengerusi JKKKP untuk bersama-sama memenuhi jemputan yang telah dibuat oleh pihak JKKKP Kg. Ampang Indah.


Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Ismail Bin Kijo, Penyelaras BN Parlimen Ampang. Turut hari pada hari tersebut adalah Sdr. Safarizul Bin Mustafar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Ketua-Ketua JKKKP Parlimen Ampang, Imam, Bilal , Siak Surau An'Nur Kg Ampang Indah dan Surau Al' Iman Kg Indah Permai dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempat.

Majlis telah dimulai dengan bacaan doa oleh Ketua Biro Agama JKKKP Kg Ampang Indah Tuan Haji Ngainon Bin Damiri dan disusuli dengan nyanyian lagu negaraku.


Selaku Pengerusi JKKKP Kg Ampang Indah Tuan Haji Musa telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan diikuti dsengan ucapan dan perasmian oleh YBhg. Dato' Haji Ismail Bin Kijo.


Selesai sahaja ucapan, YBhg. Dato' telah sudi memulakan acara penyampaian sumbangan berupa hamper, beras dan buah kurma  kepada penduduk-penduduk yang layak menerima. Turut serta dalam penyampaian sumbangan tersebut adalah Sdr. Safarizul B Mustafa.

Kecerian terpancar diwajah-wajah kira-kira 80 orang penerima sumbangan pada pagi tersebut.




Sebagai tanda terima kasih dan menghargai tugas-tugas Imam, Bilal dan Siak yang mengimarahkan  dua buah surau kampung ini disepanjang bulan Ramadhan, JKKKP juga telah menyediakan sedikit cenderahati kepada mereka. Cenderahati telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ismail Bin Kijo.


Sebelum majlis selesai para jemputan telah menerima buah tangan berupa buah kurma oleh pihak JKKKP Kg Ampang Indah sebagai tanda terima kasih dan bubur lambuk yang telah disedekah oleh Ketua Biro Wanita JKKKP, Puan  Hajah Naz Azra Bt. Sabtu.

Seluruh warga JKKKP Kg. Ampang Indah ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program murni ini. Hanya ALLAH S.W.T sahajalah yang dapat membalasnya.

"Selamat Berpuasa Dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri"

GAMBAR-GAMBAR MENARIK SEMASA ACARA



Photo oleh : Hafiz Ngainon

Tuesday 17 July 2012

PROGRAM KESEDARAN BENCANA PERINGKAT KOMUNITI HULU LANGAT 2012


ULU LANGAT 17 Julai JKKKP Kampung Ampang Indah telah dijemput oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menghadiri taklimat berkaitan tentang kesedaran mengenai kejadian bencana .

Beberapa agensi kerajaan yang berkaitan seperti MKN, PDRM, JKM dan Bomba dan Penyelamat telah memberi taklimat tentang gerak kerja dan pengurusan  atau SOP (Standard Of Procedure) yang perlu diambil sekiranya berlakunya bencana.

Selain JKKKP Kg. Ampang Indah, MKN  juga menjemput seluruh JKKKP dalam Daerah Hulu Langat untuk bersama-sama menimba ilmu pengetahuan tentang pengurusan bencana. Ianya memudahkan setiap JKKKP bertindak sekiranya bencana  berlaku di kampung masing-masing.

Program telah bermula pada jam 9:00 pagi dan berakhir pada jam 1:30 petang.






Monday 25 June 2012

KEMUNCAK MINGGU PENGHAYATAN ISLAM TBK KEMAS

KG.AMPANG INDAH 24 Jun 2012 bersamaan 4 Syaaban 1433 (H) yang lalu, TBK KEMAS Kg Ampang Indah telah mengadakan program "Kemucak Minggu Penghayatan Islam 2012". Program ini telah dilancarkan oleh Penyelia Pra-Sekolah KEMAS Ampang Puan Maheran Binti Abd Malik

Pengerusi TBK KEMAS Hajjah Maizon Binti Arshad telah menyampaikan ucaptama sebelum acara perasmian dan pertandingan dijalankan.




Dalam program ini pelajar-pelajar TBK Kemas Kg Ampang Indah telah menyertai pertandingan membaca surah-surah yang telah dipelajari didalam kelas. Mereka telah diuji dengan pelbagai surah-surah diantaranya Surah-Surah dalam solat, Surah Al' Fatihah, Surah Iqra dan banyak lagi.

Disamping pertandingan pelajar dan jemputan telah dihiburkan dengan nyanyian nasyid dari pelajar-pelajar TBK KEMAS sendiri dan juga dari kumpulan nasyid jemputan dari Kumpulan Rumah Amal Rawang.


Ucapan setinggi-tinggi Tahinah kepada semua tenaga pengajar TBK KEMAS Kg Ampang Indah dari kami JKKKP Kg. Ampang Indah walaupun baru 6 bulan belajar di tadika tersebut anak-anak ini telah berjaya membaca Surah-Surah yang diberi dengan baik.

Juruacara pada hari tersebut adalah Saudara. Rashid , AJK TBK KEMAS Kg Ampang Indah dan juga AJK JKKKP Kg Ampang Indah.

Seminggu sebelum program, pihak TBK KEMAS Kg Ampang Indah telah menjemput semua ibubapa & penjaga pelajar-pelajar untuk bersama-sama Warga TBK KEMAS Kg Ampang Indah untuk bergotong-royong membersihkan  kawasan TBK KEMAS Kg. Ampang Indah sebagai persiapan untuk mengadakan program ini.




LAGI GAMBAR-GAMBAR MENARIK PROGRAM



THEATER PUISI TARI

"Primadona Perahu Mimpi"

AMPANG Beberapa anak-anak dari Kg. Ampang Indah telah berpeluang menyaksikan theatre puisi tari berjudul "Primadona Perahu Mimpi" yang telah dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC, Jalan Ampang baru-baru ini. Theatre ini telah dibarisi dengan pelakon-pelakon terkenal diantaranya adalah Emelda Rosmila, Que Haidar, Maulana AF, Emma AF dan ramai lagi.

Dengan membawa anak-anak ini sedikit sebanyak mereka berpeluang melihat bagaimana sesuatu produksi theatre dijalankan didepan mata mereka. Secara keseluruhannya anak-anak ini amat teruju dan ini merupakan satu pengalaman baru bagi mereka.

Disamping anak-anak dari Kg. Ampang Indah rombongan juga disertai oleh anak-anak dari JKKKP kampung-kampung yang terdekat dibawah JKKKP Parlimen Ampang.

Rombongan telah diuruskan oleh Pengerusi JKKKP Kg. Ampang Indah merangkap Pengerusi JKKKP Parlimen Ampang Tuan Haji Musa Bin Fakir Mat Akim.

GAMBAR-GAMBAR MENONTON THEATRE





Sunday 27 May 2012

JALINAN MESRA "Walkabout"

Sejak dari awal pagi lagi semua warga JKKKP Kg Ampang Indah bersama Penyelaras BN DUN Lembah Jaya Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali telah berkumpul dan bersarapan pagi bersama di rumah Pengerusi JKKKP Tuan Haji Musa Bin Fakir Mat Akim sebelum memulakan Program Jalinan Mesra "Walkabout".

AJK JKKKP Kg Ampang Indah sedang bersarapan pagi bersama
Penyelaras BN DUN Lembah Jaya , Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali
sebelum memulakan tugas "Walkabout"

Persediaan dengan memasukan semua barangan sumbangan ke dalam
kenderaan sedang dilakukan untuk memulakan tugas.
Program ini telah diuruskan oleh Biro Kebajikan Dan Kesihatan iaitu Saudara Hamzah Bin Taib dan dibantu oleh semua AJK.

Rombongan telah berkunjung dari rumah ke rumah untuk melawat warga kampung yang sakit untuk bertanya kabar mereka. Disamping berkunjung, rombongan juga telah membawa sedikit sumbangan untuk diserahkan kepada mereka.

Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali dan juga  Tuan Haji Musa Bin Fakir Mat Akim.

Penyelaras BN DUN Lembah Jaya , Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali
sedang menyampaikan hamper buah-buahan kepada Warga Kaum India
kampung Ampang Indah
Pengerusi JKKKP Kg Ampang Indah Tuan Haji Musa Bin Fakir Mat Akim
sedang menyampaikan sumbangan

Penyelaras BN DUN Lembah Jaya , Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali
sedang menyampaikan sumbangan kerusi roda.

GAMBAR-GAMBAR SEBAHAGIAN PENDUDUK YG DILAWATI




Penyelaras BN DUN Lembah Jaya juga telah menyerahkan beberapa kerusi roda kepada mereka yang memerlukan.

Kepada yang telah menerima kunjungan kami, kami amat-amat berterima kasih dan berdoa agar tuan/puan yang kami lawati tadi dapat bersabar dan sembuh dengan segera.

Jika ada penduduk yang kami terlepas pandang kami memohon maaf. Pihak tuan/puan bolehlah menghubungi Pengerusi JKKKP Kampung Ampang Indah untuk pihak kami mengambil tindakkan perlu.

JKKKP Kampung Ampang Indah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penyelaras BN DUN Lembah Jaya, Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali kerana telah sudi bersama menyertai kami dalam program murni ini.


"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"