Tuesday 27 December 2011

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 1 MALAYSIA KG. AMPANG INDAH

Program ini telah diadakan pada 18 Disember 2011 di, Jalan Indah 9, Kampung Ampang Indah bermula pada jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari. Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan untuk masyarakat kampung diantaranya pameran & demontrasi oleh agensi-agensi kerajaan seperti JASA, KEMAS, AADK dan Bomba Sukarela. 
Disamping itu, pihak JKKKP telah menganjurkan permainan dan pertandingan berbentuk MESRA RAKYAT untuk memberi peluang kepada masyarakat kampung supaya bertegur sapa tak kira bangsa, ugama mahupun fahaman politik bagi merealisasikan gagasan 1 MALAYSIA. Sejak awal pagi lagi penduduk kampung telah datang beramai-ramai untuk bersarapan bersama-sama dalam acara JOM SANTAI BERSARAPAN NASI LEMAK TEA "o"  dan dikuti dengan acara-acara lain khusus diadakan untuk penduduk kampung seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan tarik tali dan pertandingan mengubah towel.
Warga Emas tidak dilupakan, pihak JKKKP telah memberi sumbangan kepada mereka sebagai tanda ingatan terhadap mereka yang terdahulu memajukan kampung ini.




Program tersebut telah dirasmikan oleh YBHG Dato' Ismail Bin Kijo, Penaung Program merangkap Penyelaras Barisan Nasional, Parlimen Ampang. Turut hadir bersama adalah Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali, Penasihat Program merangkap Penyelaras Barisan Nasional DUN Lembah Jaya, wakil-wakil UMNO Bahagian Ampang, jemputan dan penduduk-penduduk kampung.
Setelah sepanjang pagi hadirin bersama-sama meraikan program ini acara terakhir yang ditunggu-tunggu adalah majlis penyampaian hadiah pertandingan dan cabutan misteri.
Program telah dilabuhkan tirainya tepat jam 1:00 petang oleh Pengerusi JKKKP Kampung Ampang Indah Tuan Haji Musa Fakir B Mat Akim.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENDUDUK-PENDUDUK KAMPUNG YANG HADIR.. SOKONGAN DAN KEHADIRAN SEMUA YANG TIDAK MENGIRA UGAMA, BANGSA MAHUPUN FAHAMAN POLITIK TELAH MENJADIKAN PROGRAM INI LEBIH CERIA DAN DAPAT MENYERLAHKAN LAGI SEMANGAT 1 MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment