Thursday 29 December 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

KEPADA SEMUA PENDUDUK-PENDUDUK 
KAMPUNG AMPANG INDAH


"Semoga di tahun baru yang akan tiba tidak berapa hari lagi, kita semua berharap kampung kita khususnya dan negara amnya akan bertambah  maju dan makmur lagi dan masyarakatnya akan sentiasa bersatu,sihat, cergas dan dimurahkan rezeki".

Tuesday 27 December 2011

LAGI GAMBAR-GAMBAR MENARIK PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 1 MALAYSIA KG. AMPANG INDAH



JUMLAH KEHADIRAN MASYARAKAT KAMPUNG AMAT MEMBERANGSANGKAN









PEMUDAH CARA MENGISI BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) RM500

Kepada penduduk kampung yang layak menerima BR1M RM500 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam bajet 2012 yang lalu, yang masih belum mengisi atau menghantar borang, tuan/puan bolehlah berbuat demikian dengan hadir ke rumah Pengerusi JKKKP Kampung Ampang Indah Tuan Haji Musa Fakir Mat Akim di Lot 1520, Jalan Indah 2/1, Kampung Ampang Indah. 

Sila bawa salinan seperti Kad Pengenalan dan slip gaji bagi yang berkerja.

Sila berbuat demikian sebelum 10hb Januari 2012.


GAMBAR-GAMBAR PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 1 MALAYSIA KAMPUNG AMPANG INDAH


YBHG Dato' Haji Ismail Bin Kijo, Penaung Program, Tuan Haji Sheikh Arziman Bin Sheikh Ali, Penasihat Program, Tuan haji Musa Fakir Mat Akim, Pengerusi JKKKP dan Jemputan Khas sedang merasmikan Program dengan melakukan Gimik Pelancaran 

 

Penasihat Program Tuan Haji Sheikh Arziman B Sheikh Ali
sedang melakukan demo pemadaman api

Tidak ketinggalan  mencuba
YBHG Dato' Haji Ismail B Kijo, Penaung Program



Pertanding Mewarna Untuk Kanak-Kanak


Pertandingan Tari Tali 8 Sepasukan




YBhg. Dato' turun dari pentas untuk menyampaikan sumbangan
kepada Warga Emas

Warga Emas yang uzur pun turut menerima sumbangan


Masyarakat Cina juga turut diraikan





PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 1 MALAYSIA KG. AMPANG INDAH

Program ini telah diadakan pada 18 Disember 2011 di, Jalan Indah 9, Kampung Ampang Indah bermula pada jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari. Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan untuk masyarakat kampung diantaranya pameran & demontrasi oleh agensi-agensi kerajaan seperti JASA, KEMAS, AADK dan Bomba Sukarela. 
Disamping itu, pihak JKKKP telah menganjurkan permainan dan pertandingan berbentuk MESRA RAKYAT untuk memberi peluang kepada masyarakat kampung supaya bertegur sapa tak kira bangsa, ugama mahupun fahaman politik bagi merealisasikan gagasan 1 MALAYSIA. Sejak awal pagi lagi penduduk kampung telah datang beramai-ramai untuk bersarapan bersama-sama dalam acara JOM SANTAI BERSARAPAN NASI LEMAK TEA "o"  dan dikuti dengan acara-acara lain khusus diadakan untuk penduduk kampung seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan tarik tali dan pertandingan mengubah towel.
Warga Emas tidak dilupakan, pihak JKKKP telah memberi sumbangan kepada mereka sebagai tanda ingatan terhadap mereka yang terdahulu memajukan kampung ini.