Monday 25 June 2012

KEMUNCAK MINGGU PENGHAYATAN ISLAM TBK KEMAS

KG.AMPANG INDAH 24 Jun 2012 bersamaan 4 Syaaban 1433 (H) yang lalu, TBK KEMAS Kg Ampang Indah telah mengadakan program "Kemucak Minggu Penghayatan Islam 2012". Program ini telah dilancarkan oleh Penyelia Pra-Sekolah KEMAS Ampang Puan Maheran Binti Abd Malik

Pengerusi TBK KEMAS Hajjah Maizon Binti Arshad telah menyampaikan ucaptama sebelum acara perasmian dan pertandingan dijalankan.




Dalam program ini pelajar-pelajar TBK Kemas Kg Ampang Indah telah menyertai pertandingan membaca surah-surah yang telah dipelajari didalam kelas. Mereka telah diuji dengan pelbagai surah-surah diantaranya Surah-Surah dalam solat, Surah Al' Fatihah, Surah Iqra dan banyak lagi.

Disamping pertandingan pelajar dan jemputan telah dihiburkan dengan nyanyian nasyid dari pelajar-pelajar TBK KEMAS sendiri dan juga dari kumpulan nasyid jemputan dari Kumpulan Rumah Amal Rawang.


Ucapan setinggi-tinggi Tahinah kepada semua tenaga pengajar TBK KEMAS Kg Ampang Indah dari kami JKKKP Kg. Ampang Indah walaupun baru 6 bulan belajar di tadika tersebut anak-anak ini telah berjaya membaca Surah-Surah yang diberi dengan baik.

Juruacara pada hari tersebut adalah Saudara. Rashid , AJK TBK KEMAS Kg Ampang Indah dan juga AJK JKKKP Kg Ampang Indah.

Seminggu sebelum program, pihak TBK KEMAS Kg Ampang Indah telah menjemput semua ibubapa & penjaga pelajar-pelajar untuk bersama-sama Warga TBK KEMAS Kg Ampang Indah untuk bergotong-royong membersihkan  kawasan TBK KEMAS Kg. Ampang Indah sebagai persiapan untuk mengadakan program ini.




LAGI GAMBAR-GAMBAR MENARIK PROGRAM



THEATER PUISI TARI

"Primadona Perahu Mimpi"

AMPANG Beberapa anak-anak dari Kg. Ampang Indah telah berpeluang menyaksikan theatre puisi tari berjudul "Primadona Perahu Mimpi" yang telah dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC, Jalan Ampang baru-baru ini. Theatre ini telah dibarisi dengan pelakon-pelakon terkenal diantaranya adalah Emelda Rosmila, Que Haidar, Maulana AF, Emma AF dan ramai lagi.

Dengan membawa anak-anak ini sedikit sebanyak mereka berpeluang melihat bagaimana sesuatu produksi theatre dijalankan didepan mata mereka. Secara keseluruhannya anak-anak ini amat teruju dan ini merupakan satu pengalaman baru bagi mereka.

Disamping anak-anak dari Kg. Ampang Indah rombongan juga disertai oleh anak-anak dari JKKKP kampung-kampung yang terdekat dibawah JKKKP Parlimen Ampang.

Rombongan telah diuruskan oleh Pengerusi JKKKP Kg. Ampang Indah merangkap Pengerusi JKKKP Parlimen Ampang Tuan Haji Musa Bin Fakir Mat Akim.

GAMBAR-GAMBAR MENONTON THEATRE