Monday 26 March 2012

Selamat Hari Polis (PDRM) yang ke 205



TAHNIAH..Kepada semua warga PDRM diseluruh negara terutama Warga PDRM Ibu Pejabat Polis Dearah Ampang Jaya. Jasamu pada negara tetap dikenang..

Thursday 22 March 2012

TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR SPM

TAHNIAH!!! Kepada adik-adik yang mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan SPM 2011.
Yang kurang berjaya jangan putus asa sebaliknya bangun dan terus berusaha kerana usaha keras itu adalah tangga kejayaan adik-adik dimasa akan datang.

Monday 5 March 2012

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433 Kg. Ampang Indah




Persiapan dilokasi sambutan telah dibuat sehari sebelum hari sambutan diadakan .
Kelihatan Tuan Haji Adnan , Sdr. Hamzah, Sdr. Mohamad Seh  turun
ke padang membantu. Turut memantau persiapan BIRO Agama JKKKP
Tuan Haji Ngainon (tiada dalam gambar)


Persiapan di Lokasi Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H
malam sebelum hari sambutan,. Kelihatan  Pengerusi JKKKP Tuan Hj Musa
dan   Setiausaha JKKKP Tuan Hj Anuar  B Abd Hamid  sedang sibuk
memasang backdrop acara.
AJK JKKKP selaku Urusetia Keselamatan Sdr. Hamzah Taib turut
bersama membantu agar segala persiapan berjalan lancar.

Program Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H Kampung Ampang Indah telah berjaya direalisasikan dengan jayanya pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.

Sejak awal pagi lagi urusetia sambutan yang diketuai oleh Pengerusi JKKKP Kg Ampang Indah dan Biro Ugama JKKKP  telah berada dilokasi sambuatan bagi memastikan penduduk-penduduk kampung disambut dengan sarapan pagi dulu sebelum acara bermula.

Juga kelihatan Penyelaras DUN Lembah Jaya, Tuan Haji Sheikh Arziman B Sheikh Ali bersarapan pagi bersama-sama penduduk kampung.

Kehadiran penduduk kampung pada program kali ini agak memuaskan  walaupun pada hari yang sama terdapat beberapa majlis perkahwinan yang berlaku didalam kampung dan juga penyerahan BR1M di UMNO Bahagian Ampang.

Walaubagaimanpun Sambutan pada hari tersebut amat meriah dengan acara-acara yang telah dirancang.

Sambutan telah dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Yang Berbahagia Tuan Imam Saidin Bin Sulong, Imam Surau An'Nur Kg Ampang Indah kemudian disusuli dengan bacaan Ayat-ayat  Suci Al Quran, yang telah dibaca oleh Ustaz Fakrul Radzi Bin Saparuddin. Beliau penah belajar di Tadika Kemas Kg Ampang Indah semasa beliau zaman kecilnya dahulu.

Pengerusi JKKKP merangkap pengerusi Urusetia Sambutan Maulidur Rasul SAW Yang Berusaha Tuan Haji Musa Fakir Bin Mat Akim telah menyampaikan ucapan Selamat Datang dan alu-aluan.


Acara diteruskan dengan persembahan yang amat ceria dari pelajar-pelajar Tadika KEMAS Kampung Ampang Indah. Walaupun baru sahaja belajar 2 bulan lebih ditadika tersebut tetapi mereka telah memberikan satu persembahan yang boleh dibanggakan. Tahniah, Tadika Kemas Kg Ampang Indah.


Acara diteruskan dengan bacaan Rawi dan Selawat yang diketuai oleh YBHG. Tuan Imam Haji Saidin Bin Sulong dan diikuti oleh semua hadirin.



Kemudian Ceramah Maulidur Rasul SAW mengambil tempat . Semasa acara sedang dilangsungkan YBHG. Dato' Haji Ismail Bin Kijo, Penyelaras BN Parlimen Ampang bersama Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian AmpangSdr. Safarizul Bin Mustafa dan rombongan telah tiba walaupun pada ketika dan waktu itu beliau sedang sibuk menguruskan penyerahaan BR1M di UMNO Bahagian Ampang. Di atas hasrat yang tinggi  untuk bersama-sama penduduk kampung menyambut Sambutan Maulidur Rasul 1433H beliau sanggup meninggalkan majlis tersebut seketika bagi menyokong acara ini dan apa yang lebih penting kecintaannya kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Tahniah dan Terima Kasih Dato' dan rombongan.

YHBG. Dato' Haji Ismail Bin Kijo telah sudi juga menyampaikan ucapan ringkas.


Kemudian disusuli pula dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu Penghargaan Khas Maulidur Rasul 1433H yang julung-julung kali diadakan didalam Kampung Ampang Indah. Urusetia telah memilih Tuan Imam Saidin Bin Sulung dan Hajjah Ropeah binti Ibrahim sebagai penerima pada kali ini. Keputusannya telah dibaca oleh Sdr. Yaacob B Muhamad, AJK JKKKP.

Penghargaan Khas tersebut telah disampaikan oleh YBHG Dato' Haji Ismail Bin Kijo disusuli dengan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan kerjsama menjayakan program ini iaitu Tadika Kemas Kg. Ampang Indah, Pertubuhan Khariat Kematian Kg. Ampang Indah, UMNO Keramat Jaya dan UMNO Indah Timur dan UMNO Cawangan Kg Ampang Indah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian Hadiah kepada 2 hadirin yang telah memakai baju kebangsaan yang menarik. Tahniah kepada pemenang.


JKKKP Kg Ampang Indah, Urusetia Sambutan Maulidur Rasul SAW dan Biro Agama JKKKP ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang bertanggungjawap memastikan acara ini dapat direalisasikan terutama penduduk-penduduk Kampung Ampang Indah.